Little Coffee

Hello there visitor! Welcome to my Coffee Munchy Blog. Love my entry? Thanks. Feel disgusted? Then quickly press Ctrl+W.

Big Foots

Credits
Fully Edited : Wendy
Best Viewed : Google Chrome
she is my best friend forever and ever
Tuesday, February 14, 2012 | 11:38 PM | 0 comments
Jam menunjukkan 21:31 minit malam , tanggal 4 Februari 2012 , nenek yang aku sayangi telah pulang ke rahmatullah untuk bertemu dengan pencipta-NYA . Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau dengan tenang sekali . Semuanya berlaku dengan sekelip mata dihadapan mata aku sendiri . MASYAALLAH .

Aku gelar nenek ialah TOK . Sejak aku lahir lagi , tok yang merawat aku , menjaga aku serta memberi aku didikan yang sempurna sekiranya ibu bapa aku keluar mencari rezeki . Aku rapat dengan tok . Tok banyak membantu keluarga aku . Tok seorang yang penyabar walaupun sudah terlalu banyak dugaan yang tok tempuhi sewaktu beliau masih lagi bernyawa di atas muka bumi ini . Beliau juga banyak memberi aku nasihat yang betul-betul membina . Alhamdulillah , sebelum beliau pergi meninggalkan aku selama-lamanya , aku sempat menjaga beliau . Walaupun jagaan aku tidak seberapa , akan tetapi beliau amat menghargainya .

Pada tarikh 30 januari 2012 , tok telah dikejarkan ke Kuantan Specialist Hospital(KSH) akibat terkena "Lung's Infections" . Aku dan keluarga mendapat tamparan hebat kerana tok telah dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) . Kami hanya dibenarkan melawat pada jam 10 pagi - 12 tengah hari dan jam 6 petang - 8 malam . Betapa kecewanya kami kerana tidak dapat berada disisi tok sepanjang beliau menerima rawatan . Tok dimasukkan ke ICU selama 5 malam .

Pada pagi hari khamis , tok sempat bergurau dan bermanja dengan aku . Sungguh girangnya hati aku pada saat itu . Dr.Puteri memberitahu kami satu berita gembira iaitu tok boleh dipindahkan ke wad biasa . Sejujurnya , aku dan mak sangat gembira setelah mendapat tahu berita tersebut kerana hanya kami berdua yang ada di hospital . Ayah dan kakak sulung aku kerja dan kakak kedua aku datang lewat bersama ayah uda aku . Akan tetapi semuanya berubah setelah mak mendapat panggilan daripada nursedi unit ICU . Nurse tersebut mengatakan bahawa penafasan tidak berapa baik . Betapa luluhnya hati aku setelah mendengar khabar tersebut . Kadar oksigen tok makin bertambah . Tok telah bertukar kepada mask yang lebih besar . Laporan X-Ray tok juga telah ditunjukkan kepada kami . Paru-paru kanan tok telah rosak dan paru-paru kiri juga hampir rosak . Dr kata kemungkinan untuk sembuh itu ada tetapi mengambil masa yang lama . Kami hanya mampu berdoa .

Jumaat malam , lebih kurang jam 23:30 .  Nurse telah menelefon mak dan memberitahu bahawa tok sudah nazak . 'Ya ALLAH , secepat inikah KAU mahu ambil nenekku' , hatiku merintih . Dengan gegas kami menjenguk tok di ICU . Setengah jam kemudian , Dr.Nordin sampai . Beliau mengatakan bahawa tok terkena radang paru-paru . Beliau juga menidurkan tok sebab cara penerimaan oksigen tok telah ditukarkan ke tiub . Jika tidak ditidurkan , tok akan merasa sakit yang amat sangat . Itulah kali terakhir aku melihat tok .


Dialah teman sejati aku .
TOK , KAULAH SEGALA-GALANYA . <3







/